Posts

Image
"Sesungguhnya membazir itu adalah amalan Syaitan" Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pembaziran makanan pada masa kini semakin berleluasa apatah lagi di musim perayaan. Seperti : Hari Raya Aidilfitri Perayaan Tahun Baru Cina Perayaan Deepavali Ini kerana Pembaziran Makanan Di Malaysia Sangat Tinggi. Statistik menunjukkan bahawa jumlah sisa makanan yang dibuang di Malaysia amatlah mengejutkan,   setiap hari, kira-kira 3,000 tan metrik sisa makanan   yang pada asasnya   tidak disentuh dan masih boleh dimakan   telah dibuang oleh isi rumah dan jumlah itu adalah   mencukupi untuk memberi makan dua juta orang yang kelaparan. Cadangan untuk mencegah Pembaziran Makanan : Membeli ayam, daging, sayur-sayuran, buah-buahan dan barangan runcit sekadar memenuhi keperluan. Membuat kompos daripada sisa makanan dan menggunakannya sebagai baja tanaman. Masak makanan yang secukupnya setiap hari.